muslimah

Selasa, 30 Jun 2015

Si Elmo



Sedih bila fikirkan kucing kesayangan dijangkiti SPORO, sejenis fungus yang susah nak sembuh. Sekarang Elmo masih lagi dalam rawatan, hanya doa dan tawakal yang selalu mengiringi setiap apa yang kami lakukan.
Rasa sayang pada elmo x berubah pon , sebab dia sangat manja, tapi sekarang dia terpaksa dikurung dalam sangkar di rumah, memandangkan dia pon tak berapa sihat, Sekarang ni pula bila bersihkan kandang dan tempat makan dia, suruh dia keluar kandang pon dah malas, agaknya mungkin sebab kaki elmo dah ade jangkit sikit dekat paw tu, jalan pon menjengket.
Takpe la elmo, sama2 doa ye, kesian tengok dia, Bila dengar pintu belakang buka, cepat2 dia terjaga dari tidor dan menoleh sambil berbunyi, sikit je.. Allahu Rabbi,, sayu hati ni.
Buat Elmo sayang.. semoga Allah beri kesembuhan ye, Akk akan cuba sedaya boleh, tetapi andainya Allah takdirkan pilihan yang lain, itu ada hikmahnye.

Mengimbau saat ELMO mula2 masuk rumah, memang tak bergerak sebab dia tu penakut, duk dalam bilik je, rumah atas memang tempat dia la, memang tak boleh keluar rumah pon. Dah lama2 elmo pon dah besar, matang, dah pandai lari rumah, petang baru balik, itupun selepas jenuh berlari dengan dia dalam rumah akhirnya terlepas juga. (mungkin dia boring)