Bismillahirrahmanirrahim….
Dalam beberapa hari
je lagi ramadhan bakal meninggalkan kita,, dan dalam masa tu aku masih berusaha
untuk mencari bantuan untuk elmo,, memang.. bukan nye banyak sangat kos dia,,
tapi aku tak mampu,, yang aku mampu sekarang ni Cuma jaga dia,, tapi tanpa ubat
yang sepatutnya tak boleh juga.
"Hello,, ni cik isma
ke? Macam mana keadaan
elmo ,, boleh cerita sikit tak.."
‘Memang kene kol dr. Vet tu , tapi tak sangka pulak dia
yang kol, ye la kekadang masalah datang tanpa kita duga, Elok keluar rumah nak beli
barang dapur sekali nak beli topup sebab lama dah tak topup ni cuma guna
hotspot/ wifi je, kedai topup pulak tak buka, balik rumah dalam keadaan yang agak
rasa serba salah sebab kene kol orang tapi tak boleh.. tapi.. tiba2,, henfon
berbunyi.. Dr Vet yg kol.. Alhamdulillah.. syukur sangat.
Alhamdulillah dr kol
sebab Elmo dah dapat orangyg sudi membantu, Terima kasih Ya Allah dan terima
kasih juga Puan kerana sudi, dengan doa dan harapan semoga bulan yang berkat
ini menambahkan lagi rezeki Puan tu dan menyenangkan apa yang sulit baginya.
Amin.
Semalam Elmo pergi
klinik atas arahan dr.vet untuk pastikan bahawa elmo masih boleh menerima
rawatan dengan ubat sporonox atau tidak.. Tawakal je sebenarnya.. bila dr.vet
ipoh cakap boleh.. maknanya harapan elmo untuk sembuh tu ada In Sya Allah.Berat
Elmo pun dah kurang, Semalam timbang 3 kg je. Ya Allah.. sembuhkanlah Elmo..
Sesungguhnya itu yang aku harapkan.
Rasanya dalam hati
elmo tu mesti dia pun rasa syukur sebab ada yang sudi bantu dia.
Keadaan Elmo sekarang
kesian juga, sebab luka tu dah ada di kaki dia.
Nanti senang2 boleh
amik gambo Elmo sekarang, manalah tau boleh jadi bukti satu hari nanti…